Seorang ahli botani bernama Patrick Blanc dikenali sebagai "dewa" taman menegak. Sepanjang kerjayanya, dia telah merancang ratusan taman menegak, baik itu di dalam atau pun di luar di seluruh dunia.
Tetapi, tidak ada yang lebih mearik dibanding taman menegak yang telah dia bangun di rumahnya, yang berada di pinggiran Perancis. Patrick, 61, sendiri mulakan kerjaya sebagai pembuat taman menegak sejak 1988.
Beberapa karya master piece-nya boleh ditemui di butik Marithe & Francois Girbaud di Manhattan, pusat membeli-belah Siam Paragon di Bangkok dan 21st Century Muzium Seni Kontemporari di Kanazawa, Jepun.
Patrick telah berjaya membina rumah impiannya yang terletak di pinggir Paris, bekerja sama dengan arkitek Gilles Ebersolt. Jika dilihat dari luar, rumah Patrick mungkin tidak kelihatan terlalu menarik. Tetapi selepas anda melangkah masuk, anda seperti dibawa ke sebuah dunia baru.
Hampir semua dinding di rumahnya ditutup dengan lumut, pakis, dan daun yang mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza. Hanya ada satu dinding yang dikhaskan untuk buku-buku Patrick - yang disimpan dalam rak kayu. Bilik mandi di tingkat atas mempunyai pancuran luaran yang menghadap terus ke laman.
Patrick berkata bahawa dia tidak melakukan sesuatu yang istimewa dengan rumahnya dalam hal seni bina atau reka bentuk dalaman. Yang dia lakukan hanyalah membina sebuah ekosistem yang rumit di dalamnya - dengan tanaman, ikan dan air, yang merupakan satu-satunya perkara yang dia sukai.
Walaupun Patrick adalah seorang pencinta alam, dia tidak menentang penggunaan bahan buatan manusia untuk pembinaan. Misalnya, salah satu dinding di rumahnya juga dibuat dari bahan buatan.
Patrick juga mengatakan bahawa tanaman dinding mempunyai masa depan yang cerah bagi masyarakat bandar. Alangkah indahnya jika ruang kerja atau rumah kita ditumbuhi oleh banyak tanaman. Selain kelihatan lebih segar, tanaman dinding juga boleh membantu melawan pencemaran alam sekitar yang semakin meningkat akhir-akhir ini.
0 comments:
Post a Comment