Thursday, 5 March 2015

Filled Under:

Sadis! Dibuang Pemiliknya, Anjing Menangis Di Stesen Keretapi.


Seekor anjing yang ditinggalkan oleh pemiliknya di Stesen Kereta Eastbourne, United Kingdom, kelihatan sedih dan menitiskan air mata. Anjing jenis Staffordshire Terrier itu, diikat dengan bekas kecil berisi air yang diletakkan di sisinya.

Seperti disiarkan Dailymail, anjing itu duduk manis di stesen, menunggu dengan sabar kedatangan pemiliknya yang telah meninggalkannya selama satu jam. Ia merintih dan merengek sedih kerana merindukan pemiliknya yang tidak juga kembali.

Orang-orang yang berlalu lalang melihat air mata mengalir di tepian matanya, mereka mengambil gambar anjing malang iu dan memuat naiknya ke media sosial. Gambar menyentuh tersebut mendapat banyak respon dari orang-orang yang melihat dan ikut merasakan kesedihan anjing berbulu hitam itu.

Selepas beberapa jam berlalu dan pemiliknya tidak juga kembali, petugas stesen memutuskan untuk membawanya ke tempat perlindungan anjing, untuk mencari tahu siapa pemiliknya. Atau jika ia beruntung, ia boleh mencari pemilik baru yang lebih menyayanginya.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers