Tuesday, 31 March 2015

Filled Under:

Seram, Kemunculan Hantu Gadis Yang Mati Tenggelam 100 Tahun Lalu Tertangkap Kamera.

 Pernahkah anda melihat hantu? Atau mungkin anda pernah menangkap hantu yang juga ikut wujud apabila anda cuba foto selfie? Percaya atau tidak, kewujudan hantu memang benar adanya. Dan hanya orang-orang tertentu yang dikatakan boleh melihat hantu secara live.

Tapi, seiring perkembangan alat teknologi dan kamera yang semakin berkembang, beberapa orang mengaku tidak sengaja mengambil gambar kewujudan hantu yang tiba-tiba muncul di sekitarnya.


 Dikutip dari laman dailymail.co.uk, seorang lelaki bernama Kim Davison dikatakan telah menangkap hantu dengan kamera telefon bimbitnya. Peristiwa bermula ketika ia dan keluarganya bercuti ke salah satu tempat berkelah di sungai Murphy Hole, Helidon, Quessland, Australia.

Dalam foto tersebut, nampak gambar 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Namun, perempuan dewasa yang terdapat di dalam gambar tersebut mengatakan bahawa saat pengambilan foto, hanya terdapat 2 orang dewasa dan 3 kanak-kanak sahaja. Lalu siapa kanak ke empat tersebut?


Kanak ke empat yang tertangkap mata kamera mempunyai wajah serba putih dan mata yang gelap. Saat pengambilan foto tersebut, anak perempuan Davison mengaku bahawa kakinya serasa diraih dua kali oleh sesuatu di dalam air. Sungai di mana keluarga Davison mengambil foto memang dikenali seram dan cukup berhantu.


Selepas foto mereka di posting di facebook oleh Davison, banyak netizen yang mengulas mengenai foto tersebut. Tidak sedikit netizen percaya bahawa itu adalah foto hantu. Foto tersebut mengingatkan kembali peristiwa tenggelamnya seorang gadis 13 tahun di tahun 1915 lalu yang bernama Doreen O'Sullivan.




Tidak sedikit yang percaya bahawa foto tersebut adalah hantu Sullivan. Gadis 13 tahun tersebut diketahui meninggal saat ia mandi di sungai tersebut pada  hari Jumaat pada bulan november 1915.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers