Wednesday 5 August 2015

Filled Under:

8 Kegunaan Mayonaise Selain Untuk Memasak Yang Patut Anda Tahu.


Sama ada anda suka mayonaise? Atau malah anda suka menggunakan mayonaise dalam pelbagai masakan yang anda masak? Namun, apakah anda sudah tahu jika mayonaise bukan hanya boleh dimakan, tetapi juga bermanfaat untuk perkara-perkara lain di luar makanan? Benar ,seperti yang dikutip oleh delish.com berikut ini, mayonaise juga boleh  membantu anda mengatasi pelbagai masalah kecil di rumah.

Melicinkan Kuku

Tidak punya masa untuk manicure? Tidak masalah, anda boleh melicinkan atau melembutkan kulit luar yang keras dan kasar dengan cara merendam tangan anda ke dalam mangkuk yang berisi mayonaise (secukupnya), selama 5 hingga 10 minit. Selepas itu bilas dengan air suam. Bukan hanya kulit luar menjadi halus, tapi kuku anda juga akan lebih lembab.


Menghilangkan Tompokan Titisan Cat

Padam tompokan titisan cat pada lantai, gagang pintu, atau butang lampu dengan cara mengoleskan sedikit mayonaise, lalu disapu dengan tuala. Minyak dalam mayo akan meluruhkan minyak dalam cat, sehingga
tompokan cat akan lebih mudah hilang.

Menghilangkan
Tompokan Bekas Air

Tompokan bekas air seringkali membekas pada perabot kayu. Anda boleh menuangkan 2 sudu makan mayonaise pada tompokan tersebut, lalu tutup dengan tisu makan, dan tekan. Biarkan beberapa jam, lalu gosok dengan tuala kering, dan tompokan tersebut akan hilang.

Daun Tanaman Hias Mengkilap

Caranya, bersihkan daun tanaman hiasan anda dengan sedikit sabun dan air terlebih dahulu, lalu gunakan tisu makan untuk menggosokkan sedikit mayo pada permukaan daun. Nah, sekarang tanaman hiasan anda kelihatan sihat dan berkilat untuk beberapa minggu ke depan.


Menggantikan Telur

Jika anda merancang menggoreng ayam tepung, namun kehabisan telur, anda boleh mengoleskan mayonaise pada daging ayam, sebelum melumurinya dengan tepung.


Memperbaiki Rambut Rapuh

Campurkan 1 cup full-fat mayonaise dengan 2 sudu teh vanila (untuk menambah aroma). Usapkan pada rambut dan kulit kepala anda sambil diurut, lalu diamkan selama 20 minit. Cuci rambut anda dengan syampu seperti biasa, lalu bilas. Kombinasi minyak dan protein akan mengembalikan kekuatan rambut anda serta membuat rambut anda lebih berkilau.


Menghilangkan Bunyi Berdecit Pada Pintu

Jika masalahnya bukan kerana ada skru yang hilang, anda boleh menyapu sedikit mayo dengan menggunakan tuala bersih pada bahagian engsel pintu untuk menghilangkan bunyi berdecit pada pintu.


Menghilangkan Bekas Pelekat

Jika ada stiker, atau label harga yang melekat, atau mungkin bekas gam pelekat tersebut tidak boleh hilang, anda boleh menyapu sedikit mayo lalu diamkan selama 5 minit. Gam stiker tersebut sekarang akan lebih mudah dibersihkan dengan tisu makan.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers