Monday 21 September 2015

Filled Under:

5 Buah-buahan Yang Boleh Kembalikan Tenaga .





Di antara begitu banyaknya buah, berikut ini ada buah-buahan yang paling bagus untuk dimakan  kerana mempunyai kandungan sihat dan akan menyegarkan tubuh. Berikut ini senarainya.

Tembikai

Buah tembikai adalah buah yang pastinya akan menyegarkan untuk buka puasa kerana kaya air dan serat. Buah-buahan kaya air ini bukan hanya boleh melegakan dahaga tetapi juga rendah kalori.


Melon

Seperti halnya tembikai, melon kaya serat dan dan mudah dicerna tubuh. Kandungan airnya yang banyak dan rasa manisnya yang semulajadi sangat baik membuat tubuh kembali bersemangat.


Avokado

 
Buah avokado kaya nutrisi, terutamanya lemak, sangat sihat dan diperlukan tubuh untuk mengembalikan tenaga yang sudah digunakan seharian. Avokado juga boleh mengenyangkan dan meletakkan brek keinginan makan berlebihan.


Pisang

Buah pisang juga kaya serat dan mempunyai karbohidrat yang mudah dicerna sehingga mampu mengembalikan tenaga tubuh setelah seharian puasa.

Epal

Buah epal sangat bagus untuk memenuhi keperluan serat dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral. Epal, selain segar juga boleh menjaga berat badan dan mencegah keinginan makan berlebihan.

Itu dia beberapa buah yang boleh dimakan semasa bulan puasa seperti ini. Selain segar, juga sangat baik memulihkan tenaga tubuh setelah seharian puasa.




1 comments:

Nuffnang Ads

Followers