Tuesday, 15 September 2015

Filled Under:

Misteri Kanak-kanak Ini Menangis Tidak Mengeluarkan Air Mata Tetapi Batu .Video


Menangis adalah perkara semulajadi bagi setiap manusia. Linangan air mata boleh keluar dari mata kita. Namun gadis ini tidak menangis air mata, tetapi batu. Masyarakat menduga kerana dia dirasuk oleh syaitan.

Saadiya Saleh, gadis 12 tahun dari Yaman mempunyai kemampuan menangis yang berbeza. Saadiya boleh mengeluarkan batu-batu kecil semasa sedang menangis, disiarkan oleh Dailymail.co.uk . Batu-batu keras ini keluar dari bawah kelopak matanya dan doktor belum tahu apa penyebab hal aneh ini.

Keadaan Saadiya membuat doktor bingung. Seharusnya tangisan menghasilkan air mata yang mengandungi beberapa mineral (maknanya rasa air mata masin), namun bukan batu. Apa yang dialami Saadiya terjadi begitu saja, batu-batu itu keluar dari matanya. Tidak hanya satu, tetapi banyak.


Sementara itu, masyarakat sekitar mengatakan keadaan Saadiya adalah sebahagian dari kerasukan syaitan . Saadiya mengalami gangguan akibat hal ghaib atau penyakit 'sihir' . Sedikit banyak, keadaan Saadiya membuat masyarakat di sekitar cemas dan panik.

Anda boleh melihat terus bagaimana gadis kecil ini mengeluarkan batu dari matanya saat menangis pada video di bawah. Apapun penyebab tangisan batu ini, semoga Saadiya boleh segera pulih dan menangis secara normal.






Jom saksikan video berikut:





0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs