Monday, 16 November 2015

Filled Under:

Jom Nikmati Pemandangan Taman Bunga 'Hitachi Seaside' di Jepun.

Taman Hitachi Seaside atau dalam bahasa Jepun disebut Hitachi Kaihin adalah sebuah taman bunga dan salah satu destinasi pelancongan terkenal di Jepun. Taman seluas 153,2 hektar ini terletak di Hitachinaka, Ibaraki yang berdekatan dengan pantai Ajigura. Taman ini terkenal dengan berbagai macam bunga yang mekar di musim-musim tertentu. Koleksi bunga yang paling terkenal di taman ini adalah bunga Nemophilas Biru. Nemophilas memiliki ciri khas kelopak biru telus. Selama musim bunga, lebih dari 4.5 juta Nemophilas Biru tumbuh mekar di seluruh taman. Tempoh di mana bunga ini tumbuh mekar sering disebut dengan istilah "Nemophilia Harmony".

Selain terkenal dengan bunga Nemophilas, taman Hitachi Seaside mempunyai koleksi bunga lain yang tidak kalah indah, seperti: Daffodils dan Tulip yang mekar di musim bunga, Nemophila dan Mawar yang mekar di musim panas serta Kochia dan Kosmos yang mekar di musim gugur. Taman Hitachi Seaside sebelumnya hanya seluas 3.5 hektar, yang kemudian diperluas menjadi 153,2 hektar seperti saat ini. Kedepannya, taman ini akan diperluaskan lagi menjadi 350 hektar. Selain pemandangan indah bunga-bunga, taman Hitachi Seaside dilengkapi dengan kemudahan hiburan dan trek berbasikal.

















0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs