Friday 6 November 2015

Filled Under:

Tahukah Anda Mencium Dan Dijilat Haiwan Peliharaan Boleh Dapat Kanser Perut?



Baru-baru ini, penyelidik di Jepun mengumumkan hasil kajian beliau mengenai hubungan dengan cecair badan haiwan kesayangan.

Tingkah laku haiwan peliharaan yang lucu sering membuat kita geram dan ingin menciumnya. Tapi tahukah jika ternyata mencium haiwan peliharaan boleh menyebabkan kanser?

Baru-baru ini, penyelidik di Jepun mengumumkan hasil kajian beliau mengenai hubungan dengan cecair badan haiwan kesayangan. Dalam kajian tersebut mereka mendedahkan bahawa mencium kucing atau membersihkan najis anjing boleh meningkatkan risiko kanser perut.

Penyebabnya adalah bakteria Helicobacter Heilmannii yang dikenali sebagai penyebab kanser MALT limfoma. Bakteria ini boleh didapati di cecair tubuh haiwan, terutamanya haiwan kesayangan, dan dapat berpindah melalui air liur, cecair sisa, atau bahkan hanya dengan terkena paparan secara berpanjangan.

Dalam hasil kajian itu, saintis juga mengatakan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan risiko. Diantaranya adalah dijilat atau dicium haiwan, mencium haiwan di sekitar mulut, menggunakan peralatan makan bekas haiwan, membersihkan najis haiwan tanpa sarung tangan dan mencium seseorang yang telah dijangkiti dengan bakteria ini.

Orang yang paling berisiko adalah kanak-kanak. Perkara ini disebabkan kanak-kanak mempunyai sistem imun yang belum sempurna dan kebiasaan mereka memasukkan semua benda ke dalam mulut. Jadi, berhati-hatilah dengan haiwan kesayangan anda di rumah.






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers