Tuesday, 29 December 2015

Filled Under:

Berusia 7 Tahun, Kanak-kanak di Hong Kong Miliki Berlian Termahal di Dunia.


Kekayaan kadang kala membuat seseorang rela memberikan apa-apa untuk yang dicintainya. Tidak terkecuali bagi ahli perniagaan kaya raya di Hong Kong, Joseph Lau.

Demi anak perempuannya bernama Josephine yang berusia 7 tahun, Joseph rela membeli sebuah cincin berlian berharga
US $ 48.4 million. Cincin berlian berwarna biru seberat 12,03 karat itu bernama Blue Moon.


Disiarkan dari Shanghaiist.com, Blue Moon dibeli Joseph di tempat lelong di Genewa, Switzerland beberapa waktu lalu. Tidak hanya kelihatan mewah, berlian tersebut rupanya adalah yang paling dicari para kolektor dan paling mahal di dunia ketika ini.


 "Biru buatku warna yang sangat misteri dan Blue Moon kini mengambil tempat teratas dan menjadi yang paling dicari ketika ini," ungkap ketua persatuan perhiasan antarabangsa Sotheby, David Bennet.



Sementara itu, Blue Moon bukan satu-satunya berlian yang pernah diberikan Joseph Lau untuk anaknya. Ia juga pernah membeli berlian warna merah muda  untuk Zoe, anak Joseph lain yang berumur 13 tahun.




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs