Thursday, 24 December 2015

Filled Under:

Pelik,Seekor Tikus Dilatih Untuk Selundup Dadah ke Penjara



Peredaran dadah sudah sampai pada tahap yang berbahaya. Bahkan, di dalam penjara sekalipun dadah masih beredar dengan bebas.

Seperti yang berlaku di sebuah penjara di Araguaina, Brazil. Warden penjara mengungkap jika mereka berjaya menangkap seekor tikus yang mencurigakan.

Dari hasil penyelidikkan diketahui jika tikus tersebut ternyata telah dilatih untuk menyeludup dadah ke dalam penjara. Pengarah penjara, Gean Carlos Gomes mengungkap jika ubat-ubatan tersebut dibawa oleh si tikus dengan cara khusus.

"Mereka mengikatkan ubat-ubatan dan barangan lain pada bahagian ekor dan tikus itu membawanya dari satu bilik ke bilik lain," ujar Gean. "Setelah sampai ditujuan, tahanan akan melepaskan barang itu dari ekornya."

Gean juga mengungkap jika tikus tersebut telah berjaya membawa masuk 29 paket dadah ganja dan 23 pakej kokain. Hingga saat ini pihak penjara masih melakukan siasatan untuk mencari dalang di sebalik kejahatan tersebut.






0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs