Wednesday 27 January 2016

Filled Under:

Kerana Terlalu Cinta, Lelaki Taiwan Rela Berkahwin Dengan Abu Mayat Kekasihnya.


Lai, seorang lelaki dari Taiwan baru saja kehilangan kekasihnya. Ingin menunjukkan komitmen sebagai seorang kekasih, lelaki ini pun memutuskan untuk berkahwin dengannya, walaupun wanita itu telah dibakar dan menjadi abu.

Perkahwinan itu pun dilaksanakan di perkampungan Hsinchu, Taiwan dan dihadiri oleh keluarga dan juga saudara maranya. Perkahwinan seperti ini bukanlah satu berita baru di beberapa wilayah Asia. Namun demikian, berkahwin dengan pasu abu yang memakai gaun pengantin mungkin menjadi sebuah perkara yang baru.




Video dokumentasi perkahwinan tersebut merebak cepat secara online dan membuat heboh netter. Dalam video tersebut, kelihatan Lai mengenakan sut berwarna putih dan sebuah kaca mata hitam.

Dia kelihatan memegang erat sebuah tempat abu berwarna emas dan hitam yang mengenakan gaun pengantin di bahagian bawahnya. Dia kemudian mengenakan sebuah sarung tangan putih ketika cincin disematkan di jari manisnya.

Terlihat jelas dalam video tersebut orang-orang yang hadir mengusap air mata mereka selama proses perkahwinan. Video ini pun berakhir ketika Lai dan "pengantin" nya masuk ke dalam kereta dan kemudian pergi.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers