Sunday, 3 January 2016

Filled Under:

Menakjubkan, Lukisan Ini Dihasilkan Oleh Bayi-Bayi Yang Belum Dilahirkan.

  
Membuat karya seni memang boleh dilakukan oleh siapa saja. Yang diperlukan hanyalah keazaman dan kreativiti.

Namun, bagaimana jadinya jika karya tersebut dibuat oleh bayi yang bahkan belum dilahirkan? Perkara itulah yang berlaku di Belgium beberapa waktu lalu.

Ibu-ibu yang sedang mengandung menampal berus yang telah diberi cat ke perut mereka. Kemudian mereka mengarahkan berus-berus tersebut ke sebuah kanvas.




Setiap bayi dalam kandungan bergerak, maka akan terbentuk calar-calar di kanvas. Semakin banyak bayi bergerak, calar tersebut juga semakin bertambah.

Dengan cara itulah bayi-bayi tersebut dapat membuat sebuah lukisan. Walaupun sederhana, ciptaan unik boleh membuat ibu hamil lebih bahagia.

Lukisan bayi belum lahir ini merupakan sebahagian daripada sebuah projek untuk menolong bayi-bayi yang belum lahir lain di Afrika. Karya-karya tersebut dijual dan seluruh hasilnya akan disumbangkan untuk SOS Children villages.




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs