Wednesday, 6 January 2016

Filled Under:

The Breakup Shop, Penyelesaian Bagi Yang Ingin Mengakhiri Hubungan.


Banyak sebab-sebab yang membuat seseorang ingin menamatkan hubungan mereka dengan  kekasih. Namun terkadang, perkara ini sukar dilakukan kerana perasaan tidak enak dan pelbagai alasan lain.

Tapi kini tidak lagi perlu bimbang. Sebuah syarikat online kini menawarkan perkhidmatan untuk membantu menamatkan hubungan yang tidak diingini. Kita pun boleh memilih pelbagai kaedah untuk mengakhiri hubungan tersebut.




Mulai dari sekadar e-mel atau mesej teks untuk mengatakan putus hingga pakej lengkap. Harganya pun berbeza-beza. Untuk e-mel atau mesej teks harganya ialah 10 USD , sebuah surat 20 USD , sebuah telefon 29 USD  dan pakej lengkap mulai dari 80 USD (.

Jika anda merasa tidak tega dengan bekas kekasih, pakej lengkap boleh menjadi penyelesaian yang terbaik. Sebabnya, di dalam pakej ini mengandungi pelbagai hadiah yang membantu bekas melupakan anda bergantung dari selera mereka.


  
Mulai dari cookies, kad hadiah, salinan filem romantis seperti "The Notebook" atau video game seperti Call of Duty, tergantung selera mereka. Bahkan, kita juga boleh menghantar 2 gelas wain dan surat simpati denagn tulisan tangan.

Syarikat ini merupakan hasil idea dari sepasang saudara dari Kanada bernama MacKenzie dan Evan yang berfikir jika Tinder boleh membantu mendapatkan kekasih, harus ada perkhidmatan yang boleh membantu untuk berpisah. Mereka juga mendapat inspirasi daripada pengalaman peribadi di mana salah satu dari mereka diputuskan begitu saja oleh kekasihnya.

"Biarkan kami menangani perpisahan anda sehingga anda mempunyai banyak masa melakukan perkara yang lebih baik," tulis website mereka. "Semua produk kami direka untuk memberikan ketenangan fikiran ketika mengakhiri hubungan, meminimumkan ketidakselesaan dan memaksimumkan potensi persahabatan jangka panjang." Jom saksikan video berikut ini:







0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs