Friday, 12 February 2016

Filled Under:

Demi Bantu Manusia Yang Tiada Rumah, Kanak-kanak Ini Ikatkan Jaket di Tiang Elektrik.


Musim sejuk menjadi saat yang paling menyengsarakan bagi manusia yang tiada tempat tinggal. Sebabnya, sebahagian besar daripada mereka tidak mampu membeli jaket sehingga harus bertahan dalam cuaca sejuk dengan pakaian tipis.

Jika bernasib baik, yang tidak berumah ini boleh saja memperoleh jaket dari huluran tangan orang lain. Salah satunya seperti yang dilakukan oleh perempuan dan sekumpulan kanak-kanak ini di Kanada .

Tara Smith-Atkins, bersama anak perempuannya yang berusia 8 tahun dan kanak-kanak lain, melakukan suatu hal yang dapat membantu orang yang tiada tempat tinggal. Mereka mengikatkan kot, selendang hingga jaket di tiang-tiang elektrik di jalanan Halifax, Nova Scotia, Kanada.



Mereka juga meninggalkan mesej bertuliskan "Jika kau berada di luar dan kedinginan, kau boleh mengambilnya untuk menghangatkan dirimu". Dengan begitu, orang yang  tiada tempat tinggal yang memerlukan boleh mengambil dan mengenakan pakaian-pakaian tersebut.

Tara dan kanak-kanak itu melakukan perkara tersebut untuk meraikan ulang tahun ke-8 . Benar-benar perbuatan yang patut dicontohi.




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs