Monday, 15 February 2016

Filled Under:

Gadis Jepun Yang Ditinggalkan Kekasih Kerana Hodoh Tanpa Make Up Mendedahkan Identitinya.



Beberapa waktu lalu alam maya dihebohkan dengan kisah seorang gadis Jepun yang diputuskan teman lelakinya kerana nampak hodoh tanpa makeup. Baru-baru ini, gadis itu mendedahkan identiti asalnya.


Jepun memang terkenal sangat dalam membuat makeup. Dikutip dari Rocketnews24 (3/1/2015), kisah tragis gadis yang diputus teman lelakinya kerana hodoh itu, telah dijawab dengan kemunculan identiti asal  wanita itu. Pengguna Twitter dengan akaun @ _5m91 itu muncul dan buka suara setelah ia mendapat 10,000 retweet.



 Mendapat perlakuan kejam dari teman lelaki dan komen negatif daripada netizen tidak membuat @ _5m91 gentar. Ia justru mengaku gembira dan bahkan memberikan tips before after makeup ala Jepun yang boleh membuat seorang perempuan tampil menarik seperti watak anime.

 Misalnya tips menggunakan pita pelekat agar mata kelihatan lebih bulat dan tips memakai dengan hanya menggunakan solek dan lensa kenalan. Perempuan ini juga mengumumkan bahawa ia tengah hamil 6 bulan dan mungkin saja sudah berkahwin.


Rocketnews24 bahkan memuji semangat perempuan ini. Tidak peduli seperti apa penampilannya, cantik atau merasa kurang, yang penting adalah bagaimana seseorang boleh menjaga dan mensyukuri potensi yang mereka miliki. Dengan seperti itu, masalah penampilan tidak akan membuat mereka cemas.




2 comments:

Followers

networkblogs