Wednesday 4 May 2016

Filled Under:

Video.Bayi 21 Bulan Miliki Hidung Seperti Watak Kartun Pinocchio .


Seorang bayi berusia 21 bulan di sini memiliki hidung seperti watak kartun Pinocchio kerana menghidap sejenis penyakit ganjil.

Ollie Trezise disahkan menghidap penyakit dikenali sebagai encephalocele sejak dilahirkan iaitu kecacatan yang menyebabkan otaknya membesar di dalam hidung kerana tengkorak kepalanya tidak membentuk dengan sempurna seperti kanak-kanak lain.

Keadaan tersebut menyebabkan Trezise terpaksa menjalani beberapa pembedahan bagi membantu dia bernafas selain merapatkan lubang pada tengkoraknya.

Ibunya, Amy Poole, 22, berkata, beberapa doktor yang melakukan ujian X-ray semasa kandungannya berusia 20 minggu telah mengesan kecacatan pada bayinya kerana beberapa tisu otaknya membesar pada bahagian wajah.

Bagaimanapun, dia terkejut ketika melahirkan bayinya itu di Hospital Universiti Wales pada Februari tahun lalu kerana memiliki hidung kelihatan pelik seperti kartun.

“Saya terperanjat sehingga menjadi kaku seketika. Dia sangat kecil dan hidungnya kelihatan seperti sebiji bola golf.
“Namun, bagi saya Trezise adalah sempurna. Dia merupakan seorang anak yang sangat comel dan kartun Pinocchio yang sebenar buat saya,” selorohnya. – Agensi






Jom saksikan video berikut ini:




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers