Tuesday, 3 May 2016

Filled Under:

Video.Wanita Jepun Ini Habiskan Seratus Roti Hanya Sekali Makan.


Seringkali kita berfikir jika wanita dengan tubuh langsing pasti hanya makan dengan  sedikit. Tapi mungkin jika melihat wanita langsing berasal dari  Jepun ini, pemikiran tersebut boleh berubah.

Seorang Youtuber cantik bernama Yuka Kinoshita sebelum  ini memuat naik sebuah video di saluran peribadi beliau. Dalam video tersebut, dia memperlihatkan bagaimana dirinya menghabiskan seratus keping roti putih dalam sekali makan.

Dalam video berdurasi 6 minit tersebut, Yuka mengawalinya dengan memperlihatkan sepuluh beg roti putih yang masing-masing mengandungi 10 potong roti. Jika dikira beratnya, semua roti yang akan dihabiskannya ini mempunyai berat 3.8 kg.






Pada awalnya dia hanya memakan rotinya begitu saja, tapi selanjutnya dia mula menambah mentega, mentega, keju, madu dan juga mayonaise. Akhirnya setelah 6 minit berlalu, wanita cantik ini berjaya menyelesaikan cabaran yang dihadapi dengan sedikit rasa sakit dirahang kerana kebanyakan mengunyah.

Ini bukan pertama kalinya Yuka menghabiskan makanan dalam jumlah yang begitu banyak. Sebelum ini dia pernah menghabiskan 100 hamburger, 100 nuget ayam dan memakan 3 kg mi segera.Jom saksikan video berikut ini:







0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs