Thursday 14 July 2016

Filled Under:

Unik, Lilin Bentuk Telur Ini Menetaskan Anak Dinosaur Ketika Mencair.



Bercakap mengenai dinosaur, bayangan kita mungkin akan tertumpu pada filem, pada anak patung atau pada mainan saja. Tetapi saat ini dinosaur tidak hanya ada di dalam filem atau sebagai mainan saja.

Rupanya, dinosaur juga boleh ditemui di dalam sebuah lilin yang unik. Pasti menarik, dinosaur dalam lilin ini juga sangat epik, unik serta mengesankan. Walaupun dinosaurusnya tidak hidup  tapi, sekurang-kurangnya dinosaur ini akan sangat menghibur dan membuat anda semua terkejut.



Seperti yang dipetik dari laman metro.co.uk, sebuah syarikat bernama Firebox telah mencipta sebuah lilin unik berbentuk telur. Di saat lilin tersebut dinyalakan serta telah meleleh, akan muncul patung bayi dinosaur yang lucu, comel dan sangat unik. Awalnya, bentuk dari lilin yang seperti telur ini seakan dengan telur. Permukaan luarnya pun sedikit kasar dan nampak nyata layaknya telur sebenar.




Dari laporan yang ada, lilin bentuk telur ini diharapkan boleh dengan mudah laku di pasaran. Target pasaran untuk lilin ini sendiri adalah kanak-kanak. Kenapa kanak-kanak? Kerana, syarikat pembuat lilin sangat percaya bahawa kanak-kanak akan gembira ketika ia menyalakan lilin dan mendapati anak dinosaur yang comel di dalamnya. Dengan adanya lilin ini, pihak syarikat berharap bahawa kanak-kanak akan lebih mengenal haiwan zaman purba ini meskipun hanya dalam bentuk patung atau mainan.



Untuk mendapatkan satu buah lilin, harga satu buah lilin adalah £ 29,99.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers