Wednesday 6 July 2016

Filled Under:

Unik, Tembok Ini Boleh Mempercikan Kembali Air kencing Jika Dikencing.



Kencing merata-rata merupakan permasalahan yang dialami oleh hampir semua bandar. Tidak jarang dijumpai tembok-tembok yang dipenuhi tulisan seperti "Dilarang kencing disini!".

Permasalahan tersebut seolah-olah juga dialami oleh Bandar Hackney, London Timur. Demi mengatasi perkara itu, kerajaan London tengah menguji  inovasi terbaru.

Mereka lapisan tembok-tembok di bandar dengan cat khas yang akan memantulkan kembali cecair. Dengan begitu, pelaku kencing sembarangan akan basah terkena urinnya sendiri.

Pejabat setempat berharap perkara itu akan dapat mengatasi masalah ini. "Jika denda tidak cukup membuat orang-orang menghentikan kencing di jalan, maka risiko basah terkena air kencing mungkin akan membuat mereka berhenti melakukan itu," kata mereka.

Langkah ini dilakukan selepas kerajaan bandar menghabiskan 100 ribu Poundsterling  hanya untuk membersihkan tembok-tembok dari air kencing. Pada peringkat awal, cat itu akan dipasang di pelbagai lokasi berhampiran Bar di Shoreditch dan Dalston.

Cat khas tersebut dibuat khas oleh syarikat yang bernama Ultra Tech.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers