Thursday, 21 July 2016

Filled Under:

Video.Kanak-kanak 7 Tahun Pecah Rekod Dunia Acara Luncur Limbo.

  
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun mencipta rekod sebagai peluncur limbo paling panjang di dunia.

Tiluck Keisam yang berasal dari Manipur, timur laut India menggunakan kasut roda semasa mengangkangkan kaki dan menunduk badannya di bawah tiang limbo yang hanya setinggi tujuh sentimeter.

Dia melepasi tiang-tiang itu sejauh 116 meter dalam tempoh 31.87 saat sekali gus berjaya mencatat rekod dunia pada 20 Disember lalu.

Tiluck yang mula berkecimpung dalam sukan luncur limbo sejak berusia dua tahun berjaya mencipta rekod tersebut di Kompleks Sukan Siri Fort di sini.

Rekod terbaharu itu sekali gus mengatasi rekod terdahulu yang juga dilakukan oleh nya iaitu sejauh 50 meter. – Agensi.





Jom saksikan video berikut ini:
 




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs