Sunday 14 August 2016

Filled Under:

Video Lelaki Tersekat Di Cermin Hadapan Bas di China.


Suihua (China): Seorang lelaki di bandar ini tersangkut di cermin hadapan sebuah bas selepas dia dengan sengaja merempuh cermin berkenaan.

Kejadian pada Khamis lalu itu berlaku apabila lelaki yang tidak dikenali itu menaiki sebuah bas dari daerah Wangkui menuju ke Suihua di utara China.

Apabila sampai di Suihua, lelaki berkenaan tiba-tiba merempuh cermin hadapan bas itu hingga pecah.


Seorang penumpang berkata, lelaki itu merempuh cermin hadapan bas berkenaan sebanyak dua kali dan pada cubaan kedua cermin itu pecah.

Bagaimanapun, hanya bahagian kepala dan tangan kanan lelaki itu terjulur keluar dari cermin manakala badannya tersangkut di dalam bas.

Satu rakaman video menunjukkan beberapa penduduk berusaha membantu melepaskan lelaki berkenaan yang tersangkut cermin bas itu.





Beberapa penduduk dilihat menggunakan tukul dan penyodok untuk memecahkan cermin bas itu bagi melepaskan mangsa.

Selepas berusaha selama beberapa minit akhirnya lelaki itu berjaya diselamatkan.

Jurucakap polis berkata, lelaki itu dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan tidak mengalami kecederaan serius.

Katanya, polis sedang menyiasat punca lelaki itu merempuh cermin hadapan bas berkenaan. - Agensi




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers