Sunday 28 August 2016

Filled Under:

Gadis Ini Mampu Melantak 137 Biji Pisang Selama 6 minit.


Seorang wanita Jepun, Yuka Kinoshita dimuat naik menerusi akaun YouTubenya memperlihatkan aksi hebatnya itu ketika sedang makan 137 biji pisang.

Dia mampu menghabiskan buah tersebut hanya dalam masa enam minit atau setara dengan enam kilogram pisang dengan cara tersendiri.

Menurut wanita bertubuh kurus itu, dia memang sudah lama dikenali dan popular menerusi pelbagai videonya yang selalu menunjukkan sedang makan dengan hidangan yang sangat banyak.

Malah dia mempunyai cara lain dengan menambah toping seperti coklat agar tidak bosan semasa memakan pelbagai jenis makanan berbeza.

Aksi memakan pisang dengan hidangan yang berlainan menjadi pengantara dua negara, Filipina dan China yang bermusuhan apabila seorang netizen melontarkan komen kasar terhadap aksi Yuka itu.


“Selama tempoh sensitif ini, anda boleh makan 137 pisang dari Filipina untuk menghina China? Adakah kamu fikir kami orang China boleh dengan mudah diganggu?” soal seorang netizen China.

Setelah mendapat pelbagai kritikan berlainan daripada ramai netizen China, Yuka ternyata juga mendapat pembelaan daripada beberapa netizen lain.Jom saksikan video berikut ini;







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers