Friday 12 August 2016

Filled Under:

Nekad bakar diri kerana tak dapat gaji.



KIEV - UKRAINE. Seorang pelombong veteran Ukraine yang mogok lapar dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas dia nekad membakar dirinya sendiri di Kementerian Perlombongan Arang Batu dan Tenaga.


Viktor Trifonov yang berusia dalam lingkungan 50-an, menuang cecair mudah terbakar pada badannya di hadapan sidang akhbar sebagai menentang dasar tidak popular kerajaan.

Mangsa sempat diselamatkan orang ramai, namun kira-kira 12 peratus badannya melecur terutamanya pada bahagian muka, leher dan dada.


Difahamkan, pelombong di Kiev menghadapi pertikaian dengan kerajaan dan memberi amaran akan melakukan apa sahaja untuk memastikan krisis industri arang batu diselesaikan selain tunggakan gaji mereka dibayar. - The Mirror




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers