Monday 22 August 2016

Filled Under:

PKNS hormati Selangor


SAINGAN Piala Malaysia 2016 yang telah memasuki peringkat suku akhir, kini bertambah menarik apabila bakal menyaksikan pertemuan ‘adik dan abang’ iaitu antara PKNS FC menentang Selangor bagi memburu slot ke separuh akhir nanti.

Skuad PKNS yang dikendalikan oleh E. Elavarasan berjaya mengikat pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim (Johor DT) pada aksi terakhir Kumpulan C, sekali gus menemani skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melangkah ke pusingan suku akhir kejohanan tertua Malaysia itu pada musim ini.

Mengulas lanjut, Elava­rasan mengakui setiap pasukan bertaraf Liga Super yang dihadapi mereka sepanjang kempen Piala Malaysia kali ini sememangnya sangat sukar selain berada dalam kelas yang tersendiri.

“Saya gembira kami berjaya menyamai rekod musim lalu dengan melangkah ke pusi­ngan suku akhir. Namun, saya percaya kami berdepan tugas getir kerana Selangor berada dalam kelompok pasukan Liga Super dan sudah tentu mereka lebih baik daripada kami.

“Kami tetap hormati skuad kendalian K. Gunalan itu ke­rana mereka beraksi dengan baik dalam saingan liga dengan menduduki tangga keempat.

“Bagaimanapun, kami akan melakukan persiapan rapi menjelang aksi penting itu nanti kerana apa sahaja boleh berlaku,” kata Elavarasan ketika ditemui selepas tamat aksi menentang Johor DT di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, skuad The Red Ants terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penyerang import dari Palestin, Mathias Hadwa sebelum Safee Salee menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama.

Pasukan Harimau Selatan menguasai aksi separuh masa kedua tetapi kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

“Saya lihat Johor DT telah merehatkan sebahagian besar pemain utama untuk memberi tumpuan kepada aksi penting dalam saingan liga menentang Felda United nanti.

“Justeru, situasi tersebut memberi kelebihan buat PKNS sehingga memudahkan kami menjaringkan gol awal. Pada babak kedua, kami ber­aksi dengan corak defensif untuk mengekalkan satu mata bagi memastikan kami layak ke pusingan seterusnya,” kata bekas pengendali Terengganu itu lagi.

Sementara itu, ketua jurulatih Johor DT, Mario Gomez tidak mahu menyalahkan barisan pemainnya kerana dia percaya mereka telah memberi cabaran sengit untuk memenangi aksi tersebut.

“Kami memiliki banyak peluang untuk memenangi perlawanan ini. Pemain yang diturunkan turut beraksi de­ngan baik tetapi malangnya, ia tidak mencukupi untuk kami membawa tiga mata penuh,” katanya yang telah membawa Johor DT memenangi Piala FA pada musim ini.sumber






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers