Monday, 22 August 2016

Filled Under:

Bukit Pasir Ini Boleh Berpindah Secara Semulajadi.



Great Dune of Pyla terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan teluk Arcachon, Perancis, yang dikenali sebagai bukit pasir tertinggi di Eropah. Great Dune of Pyla juga dikenal dengan sebutan Great Dune of Pilat.


Bukit pasir raksasa ini mempunyai lebar 500 meter, panjang 3 km dan tinggi 107 meter di atas permukaan laut. Keindahan tempat ini membuatnya menjadi destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih dari satu juta pengunjung setiap tahun.

Menariknya, bukit pasir  itu ternyata tidak pernah henti bergerak. Kadang-kadang bergerak cepat (10 meter per tahun) dan kadang-kadang sangat lambat (kurang dari satu meter per tahun).

Selama 57 tahun terakhir, bukit pasir itu telah bergerak sejauh 280 meter, yang bererti mengalami perpindahan tahunan sebanyak 4.9 meter per tahun.





Perpindahan bukit pasir ini, sebagaimana dikutip dari  amusingplanet, berkaitan dengan tiupan angin maritim yang menggalakkan mobiliti Great Dune of Pyla.


Bagi para pelancong yang suka perkara yang unik, naik ke bahagian atas bukit pasir ini dapat memberikan pemandangan yang menakjubkan seperti lanskap pesisir pantai dan hutan pinus yang luas.





0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs