Monday 22 August 2016

Filled Under:

Video.Sweden Memperkenalkan Highway Pertama Didunia Menggunakan Elektrik.



Highway elektrik pertama dunia yang baru dibuka berhampiran bandar Sandviken di sini sedang diuji pihak berkuasa tempatan.

Trek mesra alam sepanjang dua kilometer itu dibina di atas 
Highway E16. Ujian percubaan selama dua tahun sedang dilakukan untuk melihat keberkesanannya.



Jika terbukti berkesan, 
Highway elektrik berkenaan mungkin dipanjangkan laluan sehingga 110 kilometer iaitu dari bandar Borlange ke Gavle.

Highway elektrik itu dipasang kabel tergantung di atas jalan tar yang menyalurkan tenaga elektrik kepada kenderaan sebagai kuasa penggerak, sama seperti sebuah trem atau kereta api elektrik.




“Banyak syarikat memerlukan khidmat pengangkutan untuk membawa barangan melalui 
Highway ini kerana kapasiti kereta api membawa muatan sudah terlalu padat.


Highway ini bagaikan satu laluan fleksibel. Projek ini boleh dikembangkan dalam beberapa tahun lagi,” kata Magnus Ernstrom yang merupakan pengurus projek bagi pihak berkuasa negeri Gavleborg.


– Agensi





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers