Tuesday 30 August 2016

Filled Under:

Pokok di Thailand Hasilkan Buah Berbentuk Badan Wanita.



Sebuah pokok di Thailand mempunyai bentuk buah yang sangat unik. Buah dari pokok tersebut berbentuk seperti tubuh seorang wanita.

Pokok yang diberi nama Nariphon itu tumbuh di hutan mitos Himaphan. Sejak dulu, pokok ini memang selalu menghasilkan buah berwarna hijau berbentuk tubuh wanita lengkap dengan kepala, mata, hidung, bibir, tangan dan kaki.





Menurut mitos di wilayah tersebut, pokok ini dicipta oleh Dewa Indra ketika salah satu tokoh paling terkenal dalam kepercayaan Buddha, Vessantara Jataka masih hidup bersama isteri dan kedua-dua anaknya. Apabila isteri Vessantara tengah berada di hutan mitos untuk mengumpul pelbagai jenis buah-buahan, ia diserang oleh pertapa yogis.

Dewa Indra pun mencipta 12 pokok Nariphon untuk menyelamatkan nyawa isteri Vessantara. Yogis kemudian mengambil dan memakan buah tersebut. Ia lalu tertidur hingga empat bulan lamanya. Tidak hanya itu saja, kekuatan yogis kemudian menghilang.

Cerita rakyat itulah yang sampai saat ini dipercaya masyarakat sekitar tentang asal keunikan bentuk buah Nariphon. Hal itu juga disokong dengan belum ada penjelasan ilmiah tentang bentuk dari buah tersebut.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers