Friday 5 August 2016

Filled Under:

Selangor terus dirundung malang


JURULATIH Selangor, Zainal Abidin Hassan menyalahkan jentera serangan skuad The Red Giants sebagai punca mereka tewas 0-1 kepada T-Team pada aksi Liga Super di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin.

Menurut Zainal, ketiadaan pemain tonggak seperti Andik Vermansah dan Ahmad Hazwan Bakri telah menjejaskan rentak barisan serangan biarpun mendapat deretan peluang untuk menjaringkan gol.

Malah, Zainal juga mengakui buntu dengan prestasi hambar penyerang importnya, Patrick Ronaldinho Wleh dalam bebe­rapa perlawanan sebelum ini yang menyaksikan mereka gagal meraih kemenangan dalam lima perlawanan.

“Memang saya tidak nafikan, bukan sahaja tanpa Andik, malah ketiadaan Hazwan dan ditambah prestasi semasa Ro­naldinho telah menyebabkan jentera serangan kita terjejas. Mereka banyak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol walaupun memiliki peluang untuk melakukannya.

“Memang malang kerana kami gagal mengutip mata pada perlawanan malam ini (kelmarin) dan ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat Selangor. Pemain nampak cuba bangkit pada babak kedua untuk mencari gol penyamaan tetapi tetap me­nemui kebuntuan,” kata Zainal selepas perlawanan tersebut.

Sebagai rekod, Andik me­ngalami kecederaan hamstring ketika Selangor menewaskan PDRM 2-1 pada aksi Liga Super 16 Julai lalu.

Sepanjang ketiadaan pemain sayap Indonesia itu, Selangor gagal meraih sebarang kemenangan dalam lima perlawanan iaitu tiga pada kempen Liga Super dan dua pada saingan Piala Malaysia).

Mereka sekadar mencatat dua keputusan seri dan tiga kekalahan.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers