Friday, 5 August 2016

Filled Under:

Jom Saksikan Video Lucu Bayi Ketawa Terbahak-bahak Ketika Lihat Bapanya Kira Duit.



Melihat tingkah lucu bayi memang selalu menjadi kebahagiaan bagi ibu bapanya. Apalagi jika mereka dapat membuat sang buah hati gembira.

Baru-baru ini beredar di Youtube video yang menunjukkan pasangan dengan bayi lucu mereka. Dipetik dari  Dailymail, video itu memperlihatkan tingkah bayi yang ketawa ketika ayahnya mengira wang.

Terlihat bayi lucu itu dipangku oleh ibunya sambil memberi perhatian kepada ayahnya mengira wang. Si bayi kerap ketawa ketika ayahnya mengeluarkan suara 'pffft'. Itu merupakan bunyi semburan kecil untuk melembabkan jari-jari sebelum mengira wang kertas.

Di dalam video itu juga kelihatan si bayi berhenti ketawa ketika ayahnya tidak lagi mengira wang. Ia akan menatap ke arah wang dan kembali ketawa kecil ketika ayahnya mula meneruskan aksinya.

Kedua-dua ibu bapanya pun ikut gembira melihat tingkah lucu bayi mereka. Video yang berdurasi 31 saat itu dimuat naik pertama kali di Weibo dengan tajuk "Meng Meng Da", yang dalam bahasa Mandarin bermaksud sesuatu yang sangat lucu.Jom saksikan video berikut ini:








0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs