Wednesday, 10 August 2016

Filled Under:

Video.Sudah Biasa Bersendirian, Cimpanzi Ini Tidak Mahu Lepas Tangan Teman Barunya.



Kesepian merupakan perasaan yang dirasai oleh seseorang. Tidak hanya dirasakan oleh manusia, ternyata kesepian juga dirasakan oleh haiwan cimpanzi  ini.

Seperti yang dikutip dari ABC News, cimpanzi bernama Terry ini diketahui tidak mempunyai teman selama 18 tahun. Terry awalnya merupakan cimpanzi di zoo Las Vegas. Zoo tersebut akhirnya ditutup kerana terdapat banyak masalah. Terry pun diselamatkan oleh Save the Chimps Sanctuary di Florida.

Sebelum  ini, ada cimpanzi baru yang bernama Jeannie untuk tinggal bersama Terry. Cimpanzi yang hidup sendiri itu pun menyambut kedatangan Jeannie dengan bahagia. Dalam sebuah video, Terry walaupun kelihatan tidak mahu melepaskan tangan teman barunya itu.

"Mereka bertemu dan terus berpelukan," kata Molly Polidoroff selaku pengarah tempat perlindungan tersebut. "Itu merupakan kasih sayang yang datang secara langsung."

Perkara tersebut juga disambut baik oleh para netter yang menyaksikan video kedua-duanya. "Bertahun-tahun sendiri, beruntung kerana dia mendapat teman baru," tulis salah satu netter. "Kasihan, gembira akhirnya dia punya teman, kisah yang mengharukan," tambah yang lain.Jom saksikan video berikut ini;








0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs