Thursday 29 September 2016

Filled Under:

Inilah Kucing Bertubuh Raksasa.




Mendengar berita tentang kucing, anda mungkin membayangkan haiwan lucu berbulu yang kecil.

Namun inilah calon kucing terbesar di dunia dengan berat 13 kilogram dan panjang 1.2 meter.

Jika anda senang dengan boneka besar yang berbulu dan comel, anda mungkin juga akan jatuh cinta dengan Samson si kucing raksasa.

Kucing jenis Maine Coon dari New York ini memang ukurannya sangat hebat kerana lebih dari satu meter.

Samson sekarang sudah diberi gelaran kucing terbesar di New York.

Dengan panjang 1.2 meter, Samson bukan hanya boleh menjadi kucing terbesar di New York tetapi juga berpotensi menjadi kucing terbesar di dunia.

Sebabnya, rekod kucing terbesar di dunia sebelum ini direkodkan berukuran 1,23 meter sahaja dan kucing itu sudah mati.

Jadi, bila Samson bertambah besar sedikit lagi saja ia sudah boleh menjadi kucing terbesar di dunia.

Walau bertubuh besar dan mungkin bagi sebahagian orang akan kelihatan menyeramkan, pemilik Samson berkata bahawa kucing ini sangat comel.

Ia kuat tetapi baik hati sehingga pemiliknya sering menyebut Samson sebagai kucing raksasa yang lembut.

Si pemilik, Jonathan Zurbel, berkata bahawa setiap hari Samson menunggu di depan biliknya. Ia akan menjadi yang pertama kali masuk ke bilik Zurbel di pagi hari dan duduk di atas perutnya.

Bagi Zurbel, Samson adalah kucing impian kerana ia begitu comel dan  berkelakuan yang baik.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers