Thursday, 29 September 2016

Filled Under:

Johor DT gagal bedil Bengaluru di Larkin


SKUAD Johor Darul Takzim (Johor DT) gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 menentang Bengaluru FC di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam tadi.

Selaku juara edisi lalu, Harimau Selatan tampak seakan bergelut dalam mengatur gerak pada minit-minit awal permainan selain berdepan asakan balas daripada jentera serangan pihak lawan.

Bagaimanapun, skuad kendalian Mario Gomez itu mula menggandakan serangan dan hampir membuka jaringan pada minit ke-27 menerusi tandukan Juan Martin Lu­cero, namun percubaannya ditampan kemas oleh penjaga gol pasukan lawan.

Bersambung babak kedua perlawanan, Johor DT terus ghairah memburu gol pembukaan yang akhirnya disudahkan oleh Jorge Pereyra Diaz hasil sepakan sudut yang diambil oleh Safiq Rahim pada minit ke-52 bagi membolehkan tuan rumah selesa mendahului dengan 1-0.

Kegembiraan penyokong Harimau Selatan bagaimanapun tidak bertahan lama apabila pasukan kendalian Alberto Roca menyamakan kedudukan selang empat minit kemudian hasil rembatan Eugeneson Lyngdoh dari luar kotak penalti.

Permainan berakhir dengan keputusan seri 1-1 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sree Kanteerava, India pada 19 Oktober depan.sumber




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs