Thursday 15 September 2016

Filled Under:

Usia 4 Tahun Tapi Kelihatan Seperti Datuk Berusia 80 Tahun.


Magura - BANGLADESH. Tidak pernah dibayangkan oleh pasangan Luvelu Hossain dan Tripti Khatun yang anak mereka Bayezid Hossain akan kelihatan seperti seorang datuk berusia 80 tahun.

Bayezid, yang dilahirkan pada 2012 lalu di hospital kerajaan di Magura, Bangladesh Selatan dikatakan menghadapi penyakit yang jarang berlaku Progeria dan Cutis laxa. Kini ketika baru berumur 4 tahun, dia sudah kelihatan seperti orang tua.

"Saya merasa ketakutan melihatnya ketika dia dilahirkan. Dia seperti hanya mempunyai daging serta tulang saja. Ia kelihatan seperti 'alien' dan itu membuat hati saya hancur," kata Tripti yang kini berumur 18 tahun.

"Doktor tak tahu apa yang harus mereka dilakukan. Mereka mengatakan mereka tidak pernah melihat bayi sepertinya. Mereka memberitahu kami bahawa tidak ada yang dapat mereka lakukan," katanya lagi.

Umur mungkin tidak panjang

Malah apa yang lebih menyedihkan katanya, menurut doktor, buat masa ini tiada ubat yang boleh memulihkan keadaan Bayezid. Menurut doktor, usia Bayezid dijangka tidak akan melebihi 15 tahun

"Bayezid baru berjalan pada umur tiga tahun, tapi dia mempunyai susunan gigi yang sempurna pada umur tiga bulan. Perkembangan fizikalnya sangat tidak normal, tetapi secara mental dia mampu bercakap dengan baik," kata Tripti.

Dalam pada itu menurut Tripti, dia berharap anaknya sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti orang lain.

"Dia tidak kelihatan seperti kanak-kanak lain. Dia kelihatan seperti orang tua. Sebagai anak sulung saya, saya tak boleh melihat anak saya dalam keadaan seperti ini," katanya- sinarharian.com.









0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers