Thursday, 20 October 2016

Filled Under:

Banggunan Ini Dihiasi Dari Kunyahan Gula-gula Getah


Apa reaksi anda jika tidak sengaja menyentuh gumpalan bekas kunyahan gula-gula getah? Eeee! Rasanya menjijikkan ya kerana kita menyentuh bekas dari mulut orang lain, yang biasanya tidak kita kenal pula. Biasanya gumpalan gula-gula getah kita temui di bawah meja atau kerusi di tempat-tempat umum. Tetapi di tempat ini, tompok bekas kunyahan gula-gula getah  menjadi sebuah daya tarik pelancong.

Disiarkan oleh whenonearth.net, ada sebuah bangunan yang dikenali dengan nama Seattle 's Gum Wall. Terletak di berhampiran sebuah pasar bernama Pike Place Market di Seattle, Amerika, bangunan ini merupakan bangunan yang menjijikkan sekaligus menimbulkan minat para pelancong mengunjunginya.

Tembok batu bata ini awalnya digunakan oleh orang-orang yang menunggu dalam menonton filem untuk membuang bekas gula-gula getah yang mereka makan. Lambat laun, timbunan gula-gula getah di tembok ini semakin berkembang hingga 15 meter dengan ketebalan 5 inci. Walaupun pihak banggunan telah berusaha membersihkannya, tetapi gumpalan gula-gula getah bukannya semakin bersih malah semakin bertambah banyak. Akhirnya tahun 1998, tembok ini secara rasmi diisytiharkan sebagai daya tarikan pelancongan khas Seattle.


Ingin tahu bagaimana wujud tembok gula-gula getah yang mungkin kelihatan menjijikkan tapi menjadi karya seni yang mengagumkan ini? Jom lihat galeri foto berikut ini.










0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers