Sunday 30 October 2016

Filled Under:

Suntik Minyak Untuk Kelihatan Sado.


Lelaki yang gagah atau mempunyai otot memang sedikit kelihatan menarik berbanding lelaki kurus tanpa otot di lengannya . Memang banyak wanita yang menyukai lelaki yang mempunyai otot , kerana wanita akan berfikir bahawa lelaki yang mempunyai otot adalah lelaki yang kuat dan dapat melindungi dirinya .

Perkara inilah yang membuat kaum lelaki rela melatih dirinya di gym selama bertahun - tahun demi mendapatkan otot yang mantap dan sempurna .

Namun , ada juga beberapa lelaki yang malas pergi ke gym untuk mendapatkan otot yang besar tersebut . Mereka lebih memilih cara mudah dan cepat tetapi akan mempunyai risiko besar .

Inilah perkara dilakukan oleh seorang lelaki berasal dari Olinda , Brazil yang bernama Arlindo de Souza . Arlindo lebih memilih menyuntikan minyak dan alkohol ke lengannya untuk mendapatkan otot yang besar yang diinginkannya .

Lelaki yang berusia 43 tahun ini mempunyai otot bisep berdiameter 73 cm , sehingga ia digelar " The Mountain " . Ia menyuntikan cecair minyak dan alkohol ke lengannya sehingga lengannya mempunyai otot yang besar .

Namun , cara ini  sangat berbahaya kerana dengan cara ini boleh menyebabkan lengannya lelaki akan dijangkiti kuman . Ada beberapa lelaki yang melakukan perkara ini lalu lengannya harus di amputasi , bahkan boleh menyebabkan kematian .

Demi ingin mendapat perhatian para wanita dan juga di depan saingannya , Arlindo menyuntikan cecair minyak dan alkohol ini sebanyak tiga kali dalam seminggu selama dua bulan , sehingga mendapatkan otot yang sempurna menurutnya .

" Saya menyuntikan cecair itu , dan otot saya menjadi membesar tanpa perlu berlatih di gym , " kata Arlindo .

" Apabila saya menyuntikannya ke lengan saya , maka saya akan ingin lebih besar dan besar lagi . Bagi saya tidak ada batasnya , " tambahnya .

Seperti yang dilaporkan oleh Forum.tribunnews.com , Arlindo mengaku bahawa ketika ia menyuntikan cecair itu ke tangannya ia tidak merasakan apa - apa , yang dia rasakan sedikit pening saja , setelah itu ia merasa ok saja .

Ramuan yang disuntikan oleh Arlindo ke lengannya tersebut mengandungi banyak mineral seperti baby oil , tetapi hanya saja tidak diberi pewarna dan wangi - wangian .

Cecair ini sangat berbahaya namun sangat mudah sekali untuk mendapatkannya , kerana orang - orang boleh memesannya melalui online atau membelinya di farmasi - farmasi yang ada di Brazil .
















0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers