Sunday 27 November 2016

Filled Under:

Kelantan Tarik Diri Dari Liga M?



Keputusan sama ada Kelantan menarik diri atau tidak dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan akan diputuskan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dalam tempoh dua minggu lagi.

Bendahari Kafa, Nik Aminaldin Nik Jaafar berkata, Kelantan tidak menolak kemungkinan menarik diri dari Liga M sekiranya masalah kewangan terus membelenggu badan induk bola sepak itu.

“Jika Kafa gagal mendapatkan penajaan dalam tempoh berkenaan, berkemungkinan besar kita terpaksa melupakan saingan Liga M musim depan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Aminaldin mem­beritahu, jaminan RM3 juta seperti yang diumumkan bekas presiden, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini sekadar jaminan bagi memastikan Kelantan beraksi dalam Liga-M musim depan.

Katanya, bagi menyediakan sebuah pasukan, Kafa memerlukan dana yang kukuh untuk membolehkan Kelantan beraksi.

“Bermula dari sekarang, kita mesti ada duit yang cukup di ta­ngan sekurang-kurangnya RM3 juta.

“Ini bagi mencari empat pemain import serta membayar gaji pemain untuk bulan akan datang (Disember dan Januari),” ujarnya.

Nik Aminaldin berkata, setakat ini, tidak ada pihak termasuk kerajaan negeri sendiri yang sedia tampil membantu Kafa bagi menyelamatkan masa depan sukan yang menjadi kegilaan penduduk negeri itu daripada berkubur.

“Hakikatnya, keperluan (mendapatkan dana) itu mesti dimuktamadkan dalam masa dua ­minggu ini,” katanya.

Kafa dilaporkan memerlukan sekurang-kurangnya RM15 juta bagi membolehkan mereka membentuk pasukan baharu untuk kembali bersaing secara kompetitif dalam Liga-M musim depan.Utusan.com




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers