Sunday 27 November 2016

Filled Under:

Tindakan FAS cetus tanda tanya



PASUKAN berstatus kelab, PKNS FC mengakui ‘pening’ dengan khabar angin yang menyatakan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menarik semula sokongan terhadap skuad ‘adik’ itu untuk beraksi pada pentas Liga Super musim depan.

Sebagai rekod, menurut gambaran e-mel yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp, Setia­usaha Agung FAS, Rosman Mohd. Ibrahim telah me­ngesahkan keputusan dalam Mesyuarat Exco FAS pada 18 November lalu bersetuju untuk menarik semua persetujuan mengenai penyertaan PKNS FC dalam Liga Malaysia (Liga M).

Bagaimanapun, pengurus skuad The Red Ants, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid mengakui terkejut ketika dimaklumkan mengenai perkara itu kerana masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada FAS yang me­nyatakan tidak mengiktiraf skuad PKNS untuk saingan Liga M tahun depan.

Jelasnya, dia sendiri ‘bingung’ dengan kon­flik tersebut kerana pihak pengurusan sedang me­numpukan perhatian dan bekerja keras dalam persiapan kembali ke kancah Liga Super buat pertama kali sejak musim 2014.

“Saya juga ada mende­ngar laporan tersebut tetapi tidak dapat me­ngulas lanjut kerana tiada keputusan rasmi ataupun surat hitam putih yang menafikan penglibatan kami di pentas Liga Super musim depan.

“Apa yang pasti, kami layak ke saingan tersebut secara merit dan tidak tahu apa salah kami? Namun, saya akan merujuk kepada Football Malaysia Limited Liabi­lity Partnership (FMLLP) mungkin susulan lanjut hanya akan diketahui Isnin nanti (esok),” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut, Mahfizul percaya, keputusan untuk menyingkirkan PKNS akan memberi impak negatif terutama pasukannya kini dalam perbinca­ngan untuk mendapatkan pemain baharu dan sedang membuat persiapan ke Liga Super selepas kejayaan menduduki tangga kedua Liga Premier musim ini.

“Kami telah menyambung kontrak jurulatih (E. Elavarasan) dan sedang memancing beberapa pe­­main baharu. Pe­nyerang yang kami pinjamkan ke pasukan Selangor, Patrick (Ronal­dinho Wleh) telah kembali semula menyertai pasukan yang akan memulakan latihan pramusim minggu depan.

“Justeru, implikasi yang bakal diterima sekiranya PKNS disingkirkan sangat besar. Saya harap jalan penyelesaian terbaik dapat ditemui untuk menamatkan spekulasi ini,” katanya yang turut mengesahkan khidmat pemain import, Juan Manuel Cobelli ditamatkan bagi memberi ruang­ kepada Patrick musim depan.Kosmo





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers