Tuesday 15 November 2016

Filled Under:

Simpan Barang Curi Dalam Perut.


Kebanyakan pencuri akan menyimpan barang curiannya di tempat yang paling sukar dicari atau kalau tidak terus menjual barang curiannya tersebut di kedai-kedai. Tapi pencuri yang  ini sangat lah berbeza, dimana ia menyimpan semua barang curiannya di dalam perut.

Hal ini terjadi di Ibu Kota Warsama, Poland, di mana polis telah menangkap seorang pencuri yang bernama Darius Piotrowski yang berusia 39 tahun.

Lelaki tersebut di tangkap oleh polis ketika ia ketahuan mencuri barang di salah satu rumah di sana. Kemudian, ia lari dan bersembunyi di sebuah taman berdekatan rumah yang di curinya tersebut.

Namun, untunglah polis segera menemukannya dan membawanya ke penjara. Kemudian, ketika di penjara ia mengeluh kesakitan di bahagian perutnya. Lalu, polis segera membawanya jumpa  doktor.

Setelah di periksa dengan sinar rontgen, doktor melihat ada banyak barang di dalam perutnya yang di duga adalah barang curiannya selama ini yang di telannya. Barang tersebut berupa enam buah jam tangan, mancis api, sendok, garfu, pen, dan sebuah pemotong kuku.

Polis menduga bahawa lelaki ini menelan semua barang curiannya tersebut agar tidak ketahui. Kes ini membuat doktor kesulitan untuk mengeluarkan barang-barang tersebut dari dalam perutnya. Namun, untunglah doktor dapat mengeluarkan semua barang yang ada di perutnya, meskipun mengalami kesulitan.

Setelah berhasil dikeluarkan, kemudian lelaki tersebut mengatakan kepada polis bahawa dirinya memiliki kemampuan untuk menelan barang sehingga ia memiliki kebiasaan mencuri.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers