Monday 14 November 2016

Filled Under:

Skateboard Paling Mahal Diperbuat Daripada Emas.


New York: Ia papan luncur termahal di dunia, dijual dengan harga mengejutkan £9,000 (RM48,830). Papan itu disalut dengan emas tulen dan boleh digunakan seperti biasa walaupun berdepan dengan kerumitan untuk menyiapkannya.

Menurut pereka papan luncur berkenaan, pembeli bertuah harus memakai sarung tangan khas bagi mengelak permukaannya comot.

Papan itu direka untuk kedai papan luncur New York, SHUT oleh pereka, Mathhew Willet.


Dia berkata, penting untuk papan luncur itu berfungsi sepenuhnya terutama kerana harganya.

Keenam-enam komponen papan berfungsi biasa, walaupun objek berkenaan disadur dengan emas dan berat 80 peratus lebih berbanding papan biasa.

Selepas setiap komponen disalut emas, ia digilap dengan tangan sebagai penyudahan.

Willet berkata: “Papan itu melalui banyak ujian, tetapi akhirnya ia hasil yang menakjubkan dan memberi pengalaman yang banyak.” - Agens
i




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers