Thursday 1 December 2016

Filled Under:

Air Batu Paling Mahal di Dunia.


Polos Luxury Ice Co, sebuah syarikat di Davis, California telah membuat ais batu dengan harga termahal didunia iaitu US $ 325 yang mengandungi 50 angka ais batu. Polos Ice mendakwa bahawa ais batu buatan mereka memberikan pencairan minimum dan pendinginan lebih tinggi. 


Ais batu ini juga memberikan pengalaman yang berbeza di pesta-pesta seperti LA Fashion Week dan Playboy Mansion. Selain itu, ais batu itu juga dituntut lebih tahan lama dan lebih sihat berbanding ais batu biasa yang dibuat dalam freezer atau peti sejuk.

 Menurut Glace Ice, membekukan air di dalam freezer boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan manusia. "Mesin ais tradisional, seperti penyejuk, umumnya dibuat dengan air paip tempatan, dan mungkin mengandungi lebih dari 150 kotoran dan karsinogen," kata Glace Ice. 

"Sehingga ais berpotensi tidak sihat." Sebaliknya, Glace Ice mendakwa kaedah pembuatan ais mereka yang disebut "Mariko" benar-benar steri, tidak mengandungi kotoran dan paling berkesan untuk menyejukkan minuman.








1 comments:

  1. WoW!!! Ais Termahal... Tak mampu la untuk memilikinya..

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers