Tuesday 27 December 2016

Filled Under:

Anak Lembu Hanya Berkaki Dua Sahaja.


Fenomena alam memang sering terjadi  yang jarang berlaku. Sering sekali fenomena alam ini dianggap sebagai perkara yang membawa berkat atau yang bersangkutan dengan hal mistik.

Seperti pada lembu yang dilahirkan dengan lima kaki, yang dianggap membawa berkah oleh penduduk tempatan dan juga pemiliknya.

Kini fenomena yang jarang berlaku itu berulang kembali, seekor lembu berkaki dua telah lahir di desa Wonodadi, Kecamatan Kutorejo, Kabupaten Mojokerto, Jawa Timur. Lembu ini lahir di kandang milik Paisan, lelaki yang berusia 70 tahun.

Menurut Paisan, masa pertama kali lembu ini lahir ia tidak memperhatikan kakinya tersebut, kemudian ia menyedari bahawa kaki lembu itu cuma ada dua saat selepas empat hari lembu itu lahir. Paisan menganggap bahawa lembu itu membawa berkat untuknya.

Masa baru lahir lembu itu tidak boleh berjalan, namun setelah di latih oleh Paisan, akhirnya lembu itu boleh berjalan.

Ratusan penduduk datang beramai-ramai ke rumah Paisan untuk melihat fenomena yang jarang berlaku tersebut.

Paisan berkata jika ada yang mahu membeli lembunya tersebut, ia akan menjualnya dengan harga 10 juta rupiah. Namun, sampai saat ini lembu itu masih dipelihara oleh Paisan.

Jom saksikan video berikut ini:





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers