Friday 16 December 2016

Filled Under:

Tanduk Tumbuh Dileher.


Selama lebih dari 30 tahun lelaki berasal China bernama Li Zhibing, hidup dengan tanduk yang tumbuh di lehernya. Lelaki 62 tahun ini telah mengalami keadaan tubuh yang jarang berlaku itu sejak 1980.

Seperti diberitakan Oddity Central, tanduk yang keluar dari leher Zhibing ini masih belum diketahui penyebabnya dan tanduk misteri ini tumbuh dengan sangat cepat beberapa tahun terakhir.

Keinginan terbesar Zhibing adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang tanduk misteri yang tumbuh di lehernya. Sebelumnya, dia pernah mendapat rawatan doktor bahkan cuba rawatan herba menggunakan tumbuhan ubat yang diambil dari gunung di dekat rumahnya.

Tanduk yang tumbuh di leher bahagian belakang lelaki dari Shiyan, China, ini tumbuh hingga sepanjang 15cm dan kelihatan seperti tunggul kayu. Jika tanduknya kembali tumbuh dia sering merasakan demam, sehingga Zhibing merasa sangat bimbang setiap hari.

Zhibing mengatakan bahawa tanduk yang tumbuh di lehernya ini menimbulkan ketidakselesaan saat dia ingin mencuci rambutnya atau berpakaian. Beberapa orang menduga bahawa keadaan unik yang dialami Zhibing ini mungkin tanduk yang berkaitan dengan kulit.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers