Thursday, 26 January 2017

Filled Under:

Berkahwin Atas Jentolak


Pasangan perkahwinan unik ini berasal dari bandar Yanchang, Provinsi Shaanxi, China. Pengantin ini tidak diketahui nama penuhnya, namun penggantin lelaki mempunyai cara yang unik. An dan isterinya tidak mahu perkahwinan mereka biasa-biasa saja. Kerana itulah An mengilhamkan idea unik dengan meminta rakan-rakannya mengumpulkan jentolak sebagai kereta pengantin di hari perkahwinannya.

Dalam tradisi di negara China, pengantin lelaki yang akan datang ke rumah pengantin wanita dan menjemput calon isterinya. Boleh dibayangkan betapa heboh apabila ada 8 jentolak yang mengiringi perjalanan An menuju rumah penggantin wanita. Jarak rumah mereka kira-kira 10 kilometer, cukup jauh, apalagi harus ditempuh memakai jentolak. Namun perjalanan itu terasa membahagiakan, kerana An akan menikahi wanita yang paling dia cintai dengan cara yang luar biasa.



Setelah An menjemput calon isterinya, pengantin wanita juga naik ke atas jentolak dan dibawa keliling bandar. Perkara ini jelas menarik perhatian para penduduk setempat, namun kedua-dua pengantin baru ini santai saja dan menikmati hari istimewa mereka di atas jentolak. Jentera Berat yang seharusnya jadi alat bangunan ternyata boleh dimanfaatkan sebagai kereta yang romantis.

Di China sendiri, perkahwinan menjadi hari yang sangat istimewa. Sudah ada banyak resepsi pernikahan unik diadakan, bermula dari gaun pengantin terpanjang, berkahwin di dalam pesawat yang sedang terbang dan sebagainya. Jadi, walaupun keretanya tidak so sweet, semoga perkahwinan An tetap sweet hingga datuk nenek.








0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs