Friday 20 January 2017

Filled Under:

Lembu Punyai Saiz Luar Biasa


 Seekor lembu di Pensilvania bernama Blosom dinobatkan menjadi lembu tertinggi di dunia. Lembu dengan ketingginya 1.9 meter itu dipelihara oleh Patty Hanson dan hidup di Ladang Orangeville.

Awalnya, Patty menyedari bahawa lembunya mempunyai saiz yang luar biasa. Ia kemudian memutuskan untuk memelihara Blosom daripada menghantarnya ke penyembelihan.

"Blosom adalah kebanggaan bagi perternakan," kata Patty. "Aku suka mengajaknya bertemu tetamuku dan Blosom juga senang menyapa mereka. Banyak tetamuku datang dari bandar, dan mempunyai lembu yang boleh menyapa mereka menambah suasana ladang."

Lembu berusia 13 tahun itu juga punya laman Facebook sendiri. Patty membuat laman tersebut setelah doktor haiwan mengamati bahawa berat Blosom terus berada di atas 907 kg atau hampir satu tan. Ukuran rasminya dilakukan oleh doktor haiwan dari Perkhidmatan Kesihatan Haiwan Orangeville.

Sebelumnya, para sahabat dan keluarga Patty mendokumentasikan Blosom sejak Mei. Mereka mengambil banyak gambar dan video dari lembu  tersebut.

Pada pertengahan Ogos, Patty menerima email dari Guiness Book of Records yang menyatakan bahawa Blosom adalah lem
bu tertinggi di dunia. Sementara itu, lembu terpendek adalah Blaze yang hanya mempunyai tinggi 69,07 cm.








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers