Sunday, 29 January 2017

Filled Under:

Rangka Ini Mengelilingi Dunia di Temani Manusia.


Susan Weese, Seorang pengembara wanita yang berasal dari AS yang mengelilingi dunia membawa rangka manusia. Tapi rangka ini bukan dari tulang asli manusia, tetapi rangka tiruan yang diperbuat daripada plastik. Rangka kesayangannya diberi nama Sam. Dengan penuh kasih sayang , Sam menjadi teman melancong paling setia Susan mengelilingi dunia selama satu tahun.

Bersama sahabatnya ini, Susan telah berkunjung ke Venice, Rom, Paris, New York dan banyak tempat lain. Bagaikan pasangan kekasih  mereka berdua selalu pose bersama di setiap tempat persinggahan.

Perjalanan bermula pada 1 November 2012. Idea Susan muncul ketika perayaan Halloween dan secara tiba-tiba ia ingin mengelilingi dengan membawa Sam.

Melancong bersama rangka manusia itu tidak selamanya dianggap idea yang baik. Beberapa penumpang ketakutan akibat ada rangka manusia duduk di atas kerusi penumpang. Susan memang sengaja meletakkan Sam di kerusi penumpang seperti manusia normal.

"Sam beratnya 12 kg, saya boleh sakit-sakit badan kalau terus menggendongnya ke mana-mana," kata Susan.

Walaupun berat, Susan bertekad untuk mengambil foto bersama Sam di setiap tempat. Ia pun bercerita pernah mengalami kesukaran untuk pekara ini.

"Membawa Sam dan mengambil foto di Jambatan Brooklyn ketika salji dan hujan angin bukanlah hal yang mudah," kata Susan.









0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs