Wednesday, 18 January 2017

Filled Under:

Telur Perisa Buah Oren.


Petani Jepun kembali melakukan penemuan baru dengan mencipta telur beraroma buah limau. Telur itu dihasilkan di Kochi yang berada di barat daya pulau Shikoku. Yuzu Tama, nama telur itu mempunyai aroma dan rasa telur ini seperti Yuzu, salah satu buah limau yang paling digemari di Jepun.

Yuzu mempunyai gabungan rasa antara limau dan oren. Telur ini tidak mengandungi bahan kimia atau perasa. Yuzu Tama dihasilkan dengan cara memberi makan ayam menggunakan kulit Yuzu dalam jumlah besar yang dicampur kale, jagung bukan GMO dan biji bijan.






Telur yang dihasilkan, kelihatan sama seperti telur biasa, hanya saja mereka mempunyai aroma oren yang menggoda. Menurut Inquisitr, telur itu mengeluarkan aroma Yuzu yang kuat ditambah dengan rasa oren menyegarkan sehingga siapa saja yang memakan telur ini akan merasakan sensasi yang luar biasa.

Telur Yuzu Tama dijual dengan harga antara 400 hingga 500 yen  per enam biji. Telur itu sudah dijual di beberapa supermarket di Tokyo.




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs