Thursday, 19 January 2017

Filled Under:

Inilah Anjing Paling Terkecil di Dunia.


Kepada para pencinta haiwan dikejutkan dengan lahirnya seekor anak anjing dengan saiz yang luar  biasa. Sebabnya, saiz anjing jenis terrier ini termasuk sangat kecil jika dibandingkan dengan lain-lain.

Anjing ini mempunyai saiz 8 kali lebih kecil dari saiz anak anjing lain. Bahkan, anjing yang diberi nama Belle itu berukuran lebih kecil dari hamster.

Belle yang tinggal di Great Yarmouth
Norfolk, England, berjaya hidup meskipun dilahirkan  dengan pelbagai jenis penyakit. Belle sempat menderita pneumonia saat dilahirkan.

Karenza Cruse, mengawasi 24 jam penuh dan rajin membawanya ke doktor untuk membuat rawatan. Tidak lupa, Karenza juga memberi makan bagi setiap jam agar anak anjing tersebut tetap mempunyai tenaga.

Setelah melewati beberapa bulan, akhirnya Belle boleh hidup sihat. Saat ini Belle sudah berusia 5 bulan dan mula menjadi selebriti kerana ukurannya yang sangat kecil. Media Yarmouth Mercury di England bahkan mengatakan bahawa Belle boleh jadi merupakan anak anjing terkecil di
dunia.
 









0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs