Friday, 10 February 2017

Filled Under:

Cermin Alam Semulajadi Paling Besar di Dunia.

 
Walaupun dari gambar kelihatan sangat panas , sebenarnya suhu di Salar de Uyuni cukup panas , hanya  antara 13 darjah hingga 21 darjah celcius . Setiap tahun para pelancong datang ke Salar de Uyuni untuk menyaksikan fenomena cermin raksasa tersebut . Selain cermin di sana pengunjung Salar de Uyuni juga berkesempatan untuk menyaksikan kumpulan burung flamingo merah muda yang memang menjadikan kawasan dataran garam ini sebagai habitat mereka .

Menurut Wikipedia dalam bahasa Sepanyol , Salar bermakna dataran garam . Sedangkan kata uyuni diambil dari bahasa Aymara yang bererti pena atau hamparan . Uyuni juga merupakan nama sebuah bandar yang menjadi tempat persinggahan para pelancong yang hendak melawat dataran gara tersebut . Jadi Salar de Uyuni boleh ditafsirkan sebagai dataran garam yang terhampar atau dataran garam di Bandar Uyuni .

Salar de Uyuni juga dikenali dengan nama Salar de Tunupa . Menurut legenda Aymara , dulunya Gunung Tunupa , Kusku , dan Kusina yang mengelilingi Salar adalah raksasa . Tunupa dan Kusina adalah raksasa perempuan , sedangkan Kusku adalah raksasa lelaki . Tunupa kemudian dikahwinkan dengan Kusku , tetapi Kusku  melarikan diri dengan Kusina.
Sambil meratapi pemergian Kusku , Tunupa menangis sambil menyusukan anaknya .

Kemudian air mata dan ASI Tunupa jatuh ke bumi , bercampur menjadi satu dan membentuk dataran garam . Kerana penghormatan penduduk tempatan terhadap Tunupa , mereka lebih suka menyebut dataran garam tersebut dengan nama Salar de Uyuni daripada Salar de Tunupa .








0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs