Sunday 12 February 2017

Filled Under:

Kapal Ini Boleh Berpusing 90 Darjah Dalam Air.


 Flip sebuah kapal paling aneh telah dicipta sejak 50 tahun yang lalu oleh dua orang saintis iaitu Drs.Fred Fisher dan Fred Spiess kerana mereka memerlukan tempat yang sangat sunyi bagi menjalankan kajian mereka.

 Flip adalah kapal yang dicipta untuk menyelidik mengenai ketinggian, isyarat, suhu dan ketumpatan air bagi kegunaan data mereka. Dengan kapal ini seperti berjalan atas air, semuanya dapat dijalankan dengan lancar.

Kapal sepanjang 108 meter ini boleh berada pada keadaan melintang dan tegak 90 darjah semasa berada di laut. Ia ditegakkan dengan memasukkan air pada bahagian bawah supaya ia menjadi berat dan tenggelam. Untuk kembali kepada keadaan asal, mereka hanya perlu mengepam air keluar dari badan kapal itu.

 Kapal ini digunakan untuk mengkaji keadaan laut seperti ketinggian ombak, signal akustik, suhu dan ketumpatan air. Kapal ini tidak mempunyai engine, bermakna ia perlu ditunda untuk pergi ke sesuatu tempat. Kesemua peralatan didalamnya juga direka supaya boleh dipusingkan 90 darjah.





Jom saksikan video menarik Ini:





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers