Monday 13 February 2017

Filled Under:

Inilah Lobster Tertua di Dunia.

 
Seorang penyelam sekaligus ahli biologi , Forrest Galante, baru saja menangkap salah satu lobster tertua, 6 Oktober lalu. Lobster Pasifik yang bentuknya mirip Tarantula itu dijangka sudah berumur 70 tahun dengan berat badan 5.5 kg.

Saiz dan berat haiwan ini sebenarnya tidak wajar ada pada era ini.B
erleluasanya ekploitasi penangkapan ikan dan krustasia yang berlebihan membuat jarang ada udang yang beratnya lebih dari 1.3 kg.

Menurut Forrest, haiwan tangkapan yang kini diberi nama Albert Girther itu merupakan udang terbesar yang pernah ditangkap di perairan barat California itu. sebabnya, dia sebelum ini pernah memenangi sebuah anugerah dari kelab menyelam bebas hanya dengan menangkap udang seberat 4.2 kg.


Forrest lantas membawanya ke Ty Warner Sea Centre di mana Albert dimasukkan ke dalam tangki. Ia juga diberi makanan yang cukup. Forrest nantinya akan mengembalikan Albert ke laut yang tidak mengizinkan adanya pemancingan di California.

Lobster Pasifik sendiri adalah haiwan yang hidup pada waktu malam . Ia adalah spesies krustasia yang mempunyai kaki-kaki panjang seperti seekor tarantula, hanya bezanya ia adalah haiwan laut yang mempunyai tubuh lebih panjang.

Haiwan ini juga berbeza dari udang lain. Dia tidak mempunyai penyepit raksasa pada kaki depan sehingga dia tidak begitu menakutkan lobster pada umumnya. Tetapi kerana itu pula umur dari haiwan ini sukar diramalkan. Para pakar biasanya hanya melihat saiz dan beratnya untuk meneka usia haiwan.



Jom saksikan video berikut ini:







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers